Hello Cuties and handsomes.
❤ STRUGGLING TO GET 3.5 > ❤

hello ,i'm Marzatul .
9teen years old .
basically,as you can see,i'm a pink lover .
feel free to drop your hints & behave yourself :)
thank you for landing here ❤ !

Screamow


DEAR MY FUTURE HUSBAND :)
Assalamualaikum and anneyonghaeseyo ^_^ 


To my future husband, read this !

"A hope"

Cinta bila disebut kita suka membayangkan asmara. Asyik, hingga Allah dilupakan. Tetapi saya bukan begitu kepada awak. Cinta adalah tanggungjawab untuk membina keluarga yang bermakna buat agamaNya. Kerana itu saya berharap kita persiapkan diri. Nanti kita akan ada anak-anak. Mungkin lelaki, mungkin perempuan ataupun kedua-duanya. Kita akan sama-sama membesarkan mereka. Melihat wajah cute mereka. Melihat telatah mereka. Kita akan berusaha mendidik mereka dengan Islam. Kenalkan mereka dengan Islam. Melalui akhlak dan bicara kita. Kitalah yang bertanggungjawab mencorakkan Islam pada diri mereka. Mereka akan punya perangai masing-masing. Nakal mungkin, lurus pun mungkin. Mungkin mereka akan banyak songeh. Mengada-ngada. Hingga kita mungkin akan rasa payah dengan mereka. Ada masa mereka akan merajuk dan memarahi kita. Tetapi ketika itu, awak akan ingatkan saya dan saya akan mengingatkan awak,agar kita sentiasa bersabar dan terus mendidik mereka. Biar nanti kita dapat melihat senyuman mereka. Merasa bertuah dibesarkan oleh kita. Mereka akan menjadi anak yang soleh dan bahagia, kerana mendapat didikan syurga. Hingga mereka akan membesar menjadi anak yang bersemangat dan mencapai matlamatnya. Menjadi hamba Allah yang besar dan hebat. Hingga kita tersenyum gembira, berpuas hati membesarkan mereka. Kita akan saling menyayangi dan semua ini dibina atas keimanan kepada Ilahi. Hari-hari itu akan datang wahai future husband. Bagaimanakah persediaan kita hari ini ? Mustahil diterjah rumahtangga ini tanpa persediaan. Maka saya mengajak awak,mari bersama-sama kita bersedia.

Saya disini menanti awak, sambil bersedia juga. Menimba pengalaman daripada yang lebih tua. Menelaah buku,kembara dan merantau mencari diri, membina diri menjadi yang tinggi, agar mampu menjayakan hidup ini bersama awak nanti. Inilah dia harapan dan inilah dia cinta hati ini, buat awak future husband. Mari sama-sama kita persiapkan diri. Dan ketahuilah bahawa saya setia menanti. Semoga Allah redha. 







I can be the sweetest girl ever IF you know how to take care of my HEART ❤ :)

older post / newer post